VISI
Membentuk sumber manusia yang berpengetahuan, berkemahiran dalam bidang teknikal & vokasional serta memiliki sahsiah, wawasan dan ketrampilan yang cemerlang.
MISI
Menjelang 2012 SMT Pertanian Chenor menjadi institusi yang cemerlang, gemilang dan terbilang dengan penjanaan
- Pembetukan pelajar yang berdaya saing dan bersahsiah tinggi.
- Kecemerlangan dalam prestasi kurikulum dan kokurikulum.
- Sumber tenaga pengajar yang berilmu dan berwibawa serta sikap bekerja yang positif dalam satu pasukan yang mantap.
LAGU SEKOLAH
Di sini langkah bermula
Untuk mencapai cita-cita
Mendukung harapan ayah dan bonda
Akan kami kotakan janji setia
Mula di sini kami mengorak langkah
Teknik Chenor akan terus megah
Rela menempuh sebarang cabaran
Yakinlah usaha tangga kejayaan
Kami bertekad untuk mewarnai diri
Agar menjadi insan berjaya
SMTPC mempunyai jati diri
Moga TECKCHE dilindungi Maha Esa
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini dibuka pada tahun 1961 dengan nama Sekolah Lanjutan Kg Chenor. Mulai 1970, sekolah ini dibubarkan dan ditukar menjadi Sekolah Menengah Vokasional Pertanian Chenor. Pada tahun tersebut sekolah ini menerima seramai 55 orang pelajar dengan tenaga pengajar seramai 4 orang.
Pada tahun 1988, Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) telah diperkenalkan. Melalui SPMV matapelajaran pertanian disusun menjadi kumpulan utama dan kumpulan elektif.
Pada tahun 1999, SMVPC telah dinaiktaraf kepada Sekolah Menengah Teknik. Nama sekolah ini telah ditukarkan menjadi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Chenor dibawah pentadbiran pengetua yang ke-6 iaitu Pn Hajjah Rahmah bt Hj Adam.
Sejajar dengan Strategi Memperkasa Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang bermula pada tahun 2010, kursus yang ditawarkan di sini memfokuskan kepada bidang pertanian iaitu Pengajian Agroteknologi, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteraan Ladang, Pengurusan Ladang, Juruteknik Rendah Akuakultur dan Pekerja Am Pertanian. Tenaga pengajar serta kakitangan bukan guru juga distruktur semula dibawah pentadbiran En. Adnan bin Abd. Malek. |
|