Pengetua
Sekolah Menengah Teknik (Pertanian) Chenor
Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, laman web ini berjaya dibina dengan acuannya yang tersendiri.
Saya berharap dengan adanya laman web ini segala maklumat yang terkini tentang sekolah ini serta perkembangannya dapat direalisasikan dan menjadi tatapan warga pendidik, pelajar dan masyarakat.
Dengan adanya laman web ini, masyarakat terutamanya ibu bapa dan pelajar dapat memberikan maklum balas secara terus dan telus melalui sudut interaktif dengan penggunanya.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Unit ICT dan jawatankuasa di bawahnya kerana dapat menghasilkan satu laluan teknologi berinformatif yang dinamik seperti ini.
Semoga usaha ini dapat diteruskan dan dimantapkan lagi agar dapat kita meneruskan kesinambungan maklumat melalui wahana teknologi maklumat selaras dengan moto sekolah, Berusaha Tangga Kejayaan.
Sekian, terima kasih.
Tn. Adnan bin Abd Malek
Pengetua
Sekolah Menengah Teknik (Pertanian) Chenor |