|
Sekolah Menengah Teknik Pertanian Chenor terletak didalam negeri Pahang. Bandar yang paling hampir dengan sekolah ini ialah Chenor iaitu kira-kira 10 minit dari bandar Temerloh dan 50 minit dari bandar Kuantan. Apabila menggunakan Lebuhraya Pantai Timur, susur keluar ke Temerloh. Perjalanan dari susur keluar Temerloh dianggarkan selama 30 minit.
Terdapat 9 sekolah menengah teknik di Malaysia yang menawarkan bidang pertanian. Sekolah ini merupakan satu-satunya Sekolah Menengah Teknik yang menawarkan bidang pertanian di negeri Pahang. |